Pengikut

Subscribe Now: myaol

Add to My AOL

Sekolah Bestari


Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran, serta pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi maklumat. Sekolah bestari ialah institusi yang mempunyai pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif. Corak pembelajarannya akan dapat melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, memegang teguh dan melaksanakan nilai-nilai murni dan akan sentiasa menyumbangkan idea. Kesemua usaha ini akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang akan mencipta sejarah serta penemuan dalam bidang akademik dan bukan sebagai bahan sejarah.Jika dibuat perbandingan sekolah masa kini dan sekolah bestari terdapat perbezaan jelas, khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di sekolah masa kini, gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan. Sementara di sekolah bestari, cara gaya pembelajaran berasaskan pelajaran secara bebas tetapi bergantung kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdaya fikir, kreativiti, penyayang dan berliterasi teknologi. Menurut Wan Mohd Zahid (1997), sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada.

Antara ciri-ciri tersebut ialah:
  • Sekolah bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;
  • Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang menyediakan sumber-sumber melalui ‘online' untuk membolehkan guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah;
  • Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi;
  • Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggung jawab menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari; dan
  • Pentadbir berfungsi sebagai pengurus yang berkesan.

0 Response to "Sekolah Bestari"

Catat Ulasan

post terbaru

get this widget here

Popular Posts

Komen Terbaru

COPYRIGHT(C) zaireeytmk