Pengikut

Subscribe Now: myaol

Add to My AOL

Kerajaan Elektronik


Kerajaan elektronik merupakan aplikasi jaringan hubungan antara agensi-agensi kerajaan dan pelanggan. Antara ciri-ciri kerajaan elektronik menjalankan pelbagai urusan menggunakan aplikasi teknologi maklumat adalah seperti berikut:
i. Hubungan antara Agensi Kerajaan
Hubungan antara agensi kerajaan dijalankan secara elektronik dan multimedia. Melalui hubungan ini, komputer yang mengunakan jaringan di kementerian atau jabatan dapat berhubung antara satu sama lain. Dengan ini, perkara yang memerlukan penyelesaian bersama dapat dilakukan dengan cepat. Dokumen, maklumat dan pangkalan data dapat dikongsi bersama antara kementerian dengan kementerian atau dengan jabatan. Sidang video digunakan, bagi memudahkan proses mengadakan mesyuarat di pelbagai lokasi.
ii. Hubungan Rakyat dengan Kerajaan
Kesemua ini bertujuan menghasilkan pentabiran yang cekap berwibawa di samping meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Objektif kerajaan elektronik yang digariskan ialah:
  • Menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti dan cekap;
  • Membentuk jaringan komunikasi yang cepat dan cekap antara jabatan;
  • Ke arah pengurusan tanpa kertas serta menjimatkan kos; dan
  • Meningkatkan keselamatan data.

0 Response to "Kerajaan Elektronik"

Catat Ulasan

post terbaru

get this widget here

Popular Posts

Komen Terbaru

COPYRIGHT(C) zaireeytmk