Pengikut

Subscribe Now: myaol

Add to My AOL

Persembahan Dan Prinsip CASPER


Persembahan Dan Prinsip CASPER

Memahami Konsep Reka Letak Dan Warna
Prinsip-prinsip CASPER ialah :
I)             Contrast (Pebezaan yang Ketara)
Perbezaan antara dua objek, pembangun perisian perlulah memilih warna yang kontra seperti warna gelap dengan warna terang.Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan.
Kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.Kontra juga boleh ditonjolkan dengan perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.
II)            Alignment (Susunan Lurus)
Prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik. Item-item yang ingin dipersembahkan kelihatan seimbang atau perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.
III)          Simplicity (Mudah)
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan.Sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.
IV)          Proximity (Berhampiran)
Perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.
V)           Emphasis (Penekanan )
Menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting.
Tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih kepada elemen sampingan.
VI)          Repetition (Pengulangan)
prinsip repetition ialah adanya satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian.
Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai kecenderungan yang terhadap media.
Boleh menggunakan perulangan media teks, audio,grafik dan video untuk menyampaikan mesej yang sama.

0 Response to "Persembahan Dan Prinsip CASPER"

Catat Ulasan

post terbaru

get this widget here

Popular Posts

Komen Terbaru

COPYRIGHT(C) zaireeytmk