a. Pendidikan
Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi maklumat boleh dibahagi kepada dua kategori:
i. Alat Membantu Pengurusan
Dalam satu organisasi pendidikan, terlalu banyak data yang perlu diuruskan. Antara contohnya adalah data pelajar, data kewangan, data sumber manusia, data stok dan pelbagai lagi. Teknologi maklumat dengan aplikasi sistem pangkalan data dan rangkaian setempat boleh digunakan dalam mengurus data dengan teratur dan berkesan. Sebagai contoh, dengan bantuan aplikasi ini seorang pentadbir boleh mengetahui status disiplin pelajar dengan cepat dan terkini. Beliau hanya perlu memasukan nombor matrik pelajar dalam komputer yang telah disambungkan dengan rangkaian ke pangkalan data pelajar. Begitu juga maklumat-maklumat penting lain seperti kewangan, stok dan sumber manusia. Teknologi maklumat juga digunakan bagi membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. Selain itu, jaringan Internet dan laman web juga telah digunakan untuk mengemaskini sistem pendaftaran peperiksaan pelajar dan memberi pengumuman penting. Sebagai contoh, laman web Open Universiti Malaysia membenarkan pelajarnya mendaftar, memuat turun slip peperiksaan dan memberi pengumuman penting. Di samping itu, laman web ini juga membolehkan interaksi antara pihak pentabir dan pelajar.
ii. Alat Bantu Mengajar
Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat bantu mengajar terbahagi kepada empat iaitu:
- Teknologi maklumat menggunakan mod tutorial;
- Teknologi maklumat menggunakan mod penerokaan;
- Teknologi maklumat menggunakan mod aplikasi; dan
- Teknologi maklumat menggunakan mod komunikasi.
Kelebihan mod-mod yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut:
Kelebihan menggunakan mod tutorial ialah:
–Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini, pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan.
–Pelajar dapat belajar dengan sendiri dan ini membolehkan mereka:
1.Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan kontekstual dalam pengajaran
2.Membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar
3.Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif
Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod penerokaan ialah:
- Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya.
- Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif.
- Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif.
- Membolehkan pembelajaran simulasi
Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod aplikasi ialah:
- Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama.
- Menjimatkan masa pembelajaran.
- Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar.
Kelebihan menggunakan teknologi maklumat mod komunikasi ialah:
- Membenarkan pembelajaran jarak jauh.
- Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan.
- Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya.
- Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif.
0 Response to "Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan"
Catat Ulasan