Sumbangan Awal Sebelum 1940
Pernahkah anda mendengar perkataan Abakus? Sebagai seorang guru, anda sudah tentu didedahkan tentang perkara ini selaras dengan hasrat Kemeteriam Pendidikan untuk menerapkan kaedah pengiraan ini di sekolah-sekolah. Sejarah permulaan penciptaan komputer, bermula dengan penggunaan mesin Abakus sebagai pengira 3000 SM yang lalu. Pada tahun 1617, Napier Bones telah dicipta oleh John Napier. Sebelum itu, beliau telah mencipta logaritma yang memudahkan operasi matematik. Pascal, seorang ahli Matematik Perancis pula telah mencipta mesin penghitung mekanikal yang pertama yang dikenali sebagai Blaise Pascal pada 1642 yang merupakan titik tolak pembinaan kalkulator.
Sistem Binari telah dicipta oleh G.W. Leibnitz pada tahun 1671, sistem ini menjadi asas penting dalam reka cipta sehingga kini. Pada tahun 1835, Enjin Analitikal telah diperkenalkan oleh C. Babbage. Mesin ini mengandungi 50 penghitung dan berupaya menyimpan 1,000 nombor, setiap satu 50 digit, inputnya terdiri daripada kad tebuk. Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri komputer moden yang memiliki lima bahagian .George Boole telah memberi sumbangan kepada dunia komputer dengan mereka cipta Logik Boolean satu simbol Algebra 'betul dan salah'. Rekaan ini telah digunakan dalam reka bentuk komputer moden. Pada tahun 1890, kad tebuk untuk memasukkan dan memproses data diperkenalkan. Pada tahun 1937, Howard Aiken dari Universiti Harvard telah mencipta mesin yang dapat membaca urutan aritmetik secara automatik.
Generasi Pertama (1940-1958)
Terciptanya tiub vakum, masalah tindak balas mekanikal dapat diatasi. Ia merupakan, masalah utama yang dihadapi oleh pencipta komputer iaitu tindak balas mekanikal yang lambat dan terbatas. Hasil daripada ciptaan tersebut, maka terhasilnya komputer seperti berikut:
Tahun 1943 -Komputer Colossus telah dicipta oleh British Code dengan menggunakan tiub vakum.
Tahun 1945-J.P Eckert dan J.W Maunchly dari Universiti Pennsylvania telah mencipta "Electronic Numerical Integrator and Calculator" (ENIAC). Komputer ini memerlukan ruang 1,500 kaki persegi dan beratnya 30 tan dan mengandungi 19,000 tiub vakum.
Tahun 1946-UNIVAC dicipta. Komputer ini dipasarkan buat pertama kali pada 14 Jun 1951.
Tahun 1953-IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650. Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian input, output, konsol dan bekalan.
Generasi Kedua (1959-1963)
Dalam komputer generasi kedua, tiub vakum telah ditukar kepada transistor. Kesan penggunaan transistor menjadikan saiz fizikal komputer menjadi kecil, bertambah pantas dan menjimatkan tenaga cekap serta berpotensi tinggi.Pertukaran ini juga membuatkan kos pembinaan komputer menjadi semakin murah, di mana lebih 17,000 komputer IBM telah dipasarkan di antara tahun 1959 hingga 1963. Antara komputer yang terkenal termasuklah IBM 1620 dan IBM 1401. Komputer generasi ini juga mula menggunakan pita magnet untuk storan. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah FORTRAN dan COBOL.
Generasi Ketiga (1964-1980)
Dalam komputer generasi ketiga, transistor telah digantikan dengan litar bersepadu (Integrated Circuit) atau cip. Manakala gelung magnetik telah sepenuhnya mengantikan kad tebuk sebagai storan luar. Hasil penggunaan litar bersepadu, tercipta komputer seperti berikut:
Pada tahun 1971, Dr Ted Hoff telah mencipta mikropemproses Intel 4004.
Pada tahun 1975, Local area network yang pertama telah diperkenalkan oleh Robert Metcalfe. Komputer Apple yang pertama telah dicipta pada tahun 1976 oleh Steve Woziniak dan Steve Job. Seterusnya pada tahun 1977, Apple II telah diperkenalkan.
Intel telah mencipta komputer 8086 pada tahun 1978, kemudian telah diganti dengan 8088 pada tahun 1979.
Generasi Keempat (1980 - Kini)
Komputer generasi keempat telah menggunakan litar bersepadu berskala. Intel telah memperkenalkan mikropemproses 286 pada 1982 dan sehingga kini, Intel telah mengeluarkan Pentium Centrino. Pada tahun 1984, Macintosh telah diperkenalkan. Pada bulan Mei 1991, syarikat Microsoft telah memperkenalkan sistem pengendalian operasi yang dinamakan Windows 3.0, seterusnya di awal tahun 1992, Microsoft telah memperkenalkan versi baru Windows 3.1. Windows 3.0 dan 3.1 menggabungkan antara muka sistem pengendalian menggunakan grafik dan DOS. Arahan kawalan sistem Windows 3.0 dan 3.1 menggunakan tetikus untuk memilih ikon interaktif. Sistem pengendalian Windows terus berkembang dan kini Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001 dapat menggabungkan kesemua media dalam multimedia.
0 Response to "Pekembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi"
Catat Ulasan