Empat teknik komunikasi melalui ICT adalah:
• Teknik Seorang – Sendirian,
• Teknik Seorang kepada Seorang,
• Teknik Seorang kepada Ramai,
• Teknik Ramai kepada Ramai.
Teknik pembelajaran yang berkesan kini adalah salah satunya melalui ICT iaitu sebagai alat komunikasi atau pembelajaran sebagai kolaboratif12. Melalui kaedah kaedah pembelajaran boleh menjadi lebih global lagi. Ini adalah kerana pelajar boleh saling bertukar maklumat mengenai kawasan geografi setempat, budaya dan sebagainya sekali gus membuat perbandingan dan analisis melalui pengalaman pembelajaran. Selain daripada itu, pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif melalui ICT sebagai alat komunikasi ini. Para pelajar dapat lebih menumpu perhatian dengan pembelajaran masing-masing tanpa menghadapi ganguan seperti suasana bising di dalam kelas, terlalu banyak pertanyaan semasa sesi pembelajaran dan sebagainya. Oleh itu, kemahiran komunikasi amat penting dalam amat penting dan berupaya membantu proses pembelajaran dan keyakinan para pelajar. Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi ini banyak kelebihannya, antaranya adalah pembelajaran melalui peer group di kalangan pelajar, pembelajaran kolaboratif, proses pembelajaran yang lebih berkualiti dengan melibatkan tenaga pengajar yang mempunyai pakar di dalam bidang masing-masing dan sebagainya.
0 Response to "Penggunaan ICT sebagai Alat Pemudah Komunikasi"
Catat Ulasan