Pengikut

Subscribe Now: myaol

Add to My AOL

Penggunaan ICT sebagai Alat Aplikasi



Penggunaan ICT telah membantu para pelajar di dalam proses pembelajaran mereka seperti apabila terdapat proses perbincangan, para pelajar akan mendapatkan maklumat, menyunting dan mengolah kandungan karangan melalui aplikasi pemprosesan perkataan dan persembahan karangan dengan menggunakan aplikasi power-point atau slideshow. Oleh yang demikian hasil karangan yang dipersembahkan melalui ICT akan lebih menarik dan penggunaan ICT menjadi lebih bermanfaat. Situasi sebegini merupakan (socio-cultural learning) atau pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya. Teori ini adalah berkenaan pembelajaran pelajar iaitu persekitaran sosial dan budaya. Selain daripada itu, para pelajar akan lebih membantu dan mempelajari di antara satu sama lain dalam meningkatkan kemahiran bertutur (verbal), kemahiran kognitif dan metakognitif serta kemahiran bekerjasama (bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998) ICT sebagai alat aplikasi dapat membantu pelajar membina dan membina graf dgn lebih persis. Ini adalah apabila pelajar membuat kajian tentang dua pembolehubah. Dengan mengguna perisian-perisian yang tertentu kajian antara pembolehubah dan membina serta memplot graf para pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam melakukan tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, ICT juga amat bersesuaian dalam melaksanakan tugasan seperti mengelas dan menyisih data. Para pelajar akan lebih teliti dalam memikir dan memerhati sesuatu trenda pada data. Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi pada masa kini telah banyak membantu para pelajar dan guru, antaranya adalah: Ketepatan dan kecekapan proses pembelajaran pelajar meningkat. Tumpuan pelajar akan lebih bertambah dengan menyelesaikan tugasan yang mencabar yang diberikan guru

0 Response to "Penggunaan ICT sebagai Alat Aplikasi"

Catat Ulasan

post terbaru

get this widget here

Popular Posts

Komen Terbaru

COPYRIGHT(C) zaireeytmk