a. ICT untuk Pembelajaran Tutorial
ICT merupakan kaedah pembelajaran tutorial yang digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial adalah seperti:
- Pembelajaran ekspositori.
- Demonstrasi sesuatu fenomena yang dipaparkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem.
- Latihan dan latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
b. Bagaimana ICT Digunakan untuk Pembelajaran Tutorial
Computer Assisted Instruction adalah (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berciri multimedia. Penggunaan istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka bentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut :
- mempersembahkan maklumat.
- menilai pencapaian.
- membimbing.
- menyediakan dan memberi latihan.
Menurut Clack dan Sun (1996), kebanyakan perisian pendidikan yang digunakan semasa pembelajaran tutorial telah dicipta berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru.
Sebelum mengadaptasikan pendekatan ini, beberapa perkara yang harus pertimbangan. Di antaranya adalah:
- Mempunyai perisian pendidikan yang sesuai.
- Memastikan guru terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak digunakan.
- Mempunyai peralatan ICT yang sesuai untuk melaksanakan perisian.
- Mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT.
- Mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan ICT.
- Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas).
- Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
- Penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan
Selain daripada itu, kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibat pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif, penyalahgunaan kemudahan ICT dan ia juga mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar untuk belajar sesuatu bidang ilmu.
0 Response to "ICT untuk Pembelajaran Tutorial dan Penerokaan"
Catat Ulasan