Sungai Furat (bahasa Inggeris:Euphrates, bahasa Arab: نهر الفرات) adalah salah satu sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Tigris) yang mengalir dari Anatolia. Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu).
Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."
Sungai Furat dalam Hadith
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."
Sungai Furat dalam sejarah
Sungai Furat memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini termasuk Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain, keluarga dan sahabat beliau syahid.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda;
'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu
sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak
sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk
merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus
orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata,
"mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain
ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan
menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka
barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun
daripada harta itu".
Telah banyak peristiwa akhir zaman yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu telah menjadi kenyataan (sila rujuk posting yang berkenaan dilaman ini). Antaranya ialah seperti hadis diatas, akan keringnya Sungai Furat hingga akhirnya menampakkan gunung emas yang selama ini tersembunyi dari pandangan manusia. Rasulullah s.a.w menjelaskan lagi berlaku peperangan yang dahsyat untuk merebut emas tersebut.
Semasa dibawah pemerintahan Saddam Hussin pada pertengahan tahun 80-an,
kerajaan Iraq telah membina empangan sepanjang Sungai Furat dan
menenggelamkan sebahagian besar kawasan yang ada antaranya terdapat
binaan tamadun terdahulu. Tetapi Iraq telah mengalami kemarau yang teruk
pada tahun 2009 yang lalu hingga paras air empangan tersebut telah
susut hingga menampakkan hampir 90% kawasan yang dulunya tenggelam.
Kejadian kemarau tersebut yang menyebabkan surutnya Sungai Furat telah
menampakkan kawasan arkeologi purba yang sama sekali tidak disangka.
Ratib al-Kubaisi seorang pegawai Jabatan Antikuiti di wilayah Anbar
menyatakan," Ramai orang menyangka Anbar adalah kawasan padang pasir
yang tidak mempunyai nilai sejarah tetapi dengan terjumpanya tapak ini
ia menjadikan sebuah kawasan yang arkeologi yang terpenting di Iraq.
Kawasan ini merupakan penempatan tamadun manusia pertama di Iraq".
Seorang nelayan di sungai tersebut, Sa'ad Naji memberitahu," Sungai ini
telah surut kearas yang paling rendah pada ingatan kami," beliau
menambah lagi," Kami mula mencari sekeliling kawasan ini dan menjumpai
tempayan tanah liat dan tulang lama, syiling dan bahkan perhiasan emas".
Sekiranya Iraq menjumpai kawasan simpanan emas yang besar nescaya
peperangan besar akan meletus dengan lebih hebat di wilayah yang sudah
bergolak itu. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati
pesanan Rasulullah supaya menjauhi dari mengambil emas tersebut!
0 Response to "Sungai Furat "
Catat Ulasan