Mel Elektronik
Mel Elektronik atau e-mel merupakan satu perkhidmatan Internet asas yang sangat popular. E-mel yang boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti pertukaran mesej adalah satu kaedah yang menbolehkan pengguna mengarang dan menghantar surat dalam bentuk elektronik melalui Internet kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia yang mempunyai akaun e-mel.
Di samping itu, pengguna juga dapat menerima e-mel daripada pengguna lain yang tahu alamat e-melnya. Mesej e-mel selalunya ditulis dalam bentuk teks biasa atau ASCII yang dihantar daripada computer pengguna kepada computer lain melalui talian telefon. Sekiranya anda menghantar e-mel kepada rakan anda, mesej elektronik itu akan berada di dalam kotak mel elektroniknya sehinggalah dia memasuki Internet dan memeriksa melnya. Dalam pada itu, anda juga mempunyai sebuah kotak mel elektronik sendiri seperti rakan anda itu untuk menerima sebarang e-mel yang dihantar kepada akaun e-mel anda.
Ada beberapa kelebihan menggunakan e-mel. Cepat, murah, dan mudah. Tidak ada perkhidmatan pos lain yang dapat menandingi kelajuan penghantaran e-mel. Kita tidak perlu menanti berhari-hari untuk menerima sepucuk surat sedangkan mesej itu boleh disampaikan melalui e-mel dalam masa beberapa saat sahaja. Oleh sebab itu, kadangkala ramai pengguna Internet menyamakan system pos biasa sebagai “mel siput” (snail mail).
Di samping kelajuan, e-mel juga sangat murah kerana tidak memerlukan setem sebagai bayaran pos. Anda hanya dikenakan bayaran akses Internet yang sangat minimum. Ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon, fax, dan pos biasa yang mahal terutamanya apabila melibatkan destinasi yang jauh. Kebanyakan perisian e-mel pula adalah percuma malah ada pelbagai perkhidmatan e-mel percuma yang ditawarkan dalam Internet.
Satu lagi kelebihan e-mel ialah penggunaannya yang mudah. Anda boleh menulis dan menghantar mesej dengan senang dan selesa kepada seorang atau beribu-ribu penerima dalam satu masa. Anda juga boleh melampirkan fail-fail teks, grafik, bunyi ataupun video dalam e-mel semasa mengirimnya.Kelebihan-kelebihan ini yang menyebabkan semakin meluas penggunaannya sebagai ganti “mel siput(snail mail)
Protokol E-mel
SMTP(Simple Mail Transfer Protocol) ialah protocol TCP/IP yang digunakan untuk menghantar dan menerima e-mel melalui Internet.Mesej-mesej e-mel ini kemudiannya dicapai oleh penerima melalui perisian e-mel yang menggunakan satu lagi protocol iaitu POP(Post Office Protocol). POP terdiri daripada dua versi : POP2 dan POP3. POP2 merupakan protocol piawai pada tahun 1980-an dan memerlukan SMTP untuk menghantar mesej. POP3 yang merupakan versi terbaru pula boleh digunakan dengan SMTP ataupun tanpa SMTP. Pilihan protokol yang lain boleh yang boleh digunakan untuk mencapai mesej daripada pelayan mel ialah IMAP (Internet Message Access Protocol). Dengan IMAP, penerima boleh membaca mesejnya yang berada di pelayan seperti membacanya di computer sendiri. Mesej yang dihapuskan di komputernya pula akan kekal di pelayan. Secara ringkasnya, SMTP ialah protokol yang digunakan untuk menghantar e-mel, sementara POP3 pula adalah untuk menerima mesej yang sampai kepada pelayan Internet.
Copy From : http://pjktmk.wordpress.com/
0 Response to "Mel Elektronik"
Catat Ulasan