LATIHAN MENGUJI PENGETAHUAN IT
1. Takrifkan istilah-istilah berikut :-
- Data
- maklumat
- teknologi
- komunikasi
- komputer
- teknologi maklumat
2. Senaraikan kebaikan yang diperolehi daripada teknologi maklumat.
3. Nyatakan kepentingan penggunaan komputer dalam teknologi maklumat.
4. Jelaskan kesan/implikasi penggunaan komputer dalam kehidupan.
11 April 2012 pada 11:11 PG
Data
= hasil pengukuran yang biasa memberikan gambaran suatu keadaan
Maklumat
=data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima.
Teknologi
= satu mekanisme atau kaedah barudalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmupengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai.
11 April 2012 pada 11:13 PG
Apa Kelebihan Mengguna TMK?
- Dapat mengindividukan pembelajaran
- Murid belajar mengikut kemampuan sendiri.
- Meningkatkan motivasi murid untuk belajar.
- Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan
penyeliaan guru yang minimum.
11 April 2012 pada 11:17 PG
Teknologi Maklumat
= perkakasan, perisian dan sistem telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Ia mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan
13 April 2012 pada 4:04 PTG
1.Takrifkan istilah-istilah berikut:
Data
~Butir-butir yang diketahui dengan tentu,keterangan,maklumat.
Maklumat
~Makluman,pemberitahuan,pengumuman.
~Khabar,keterangan.
~Pengetahuan.
Teknologi
~Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri pertanian, perubatan dan perniagaan, sains gunaan.
~Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.
Komunikasi
~Perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain)
Komputer
~Alat eletronik yang menolong manusia menyimpan maklumat pada cakera, menyusun atau menganalisanya dan mengeluarkannya apabila diperlukan.
Teknologi Maklumat
~Information Technology(IT)