Secara mudahnya, backlink bagi sesuatu website adalah link website tersebut (URL) yang terdapat dalam website lain. Sebagai contohnya, Website Abu telah meletakkan link (URL) website Aried kedalam mana-mana artiklenya ataupun kedalam Link Listnya. Ini bererti Website Aried mempunyai 1 backlink (iaitu dari website Abu). Backlinks juga dapat diistilahkan sebagai Link yang tertuju daripada mana-mana website kepada website.
Apa Pengaruhnya Terhadap Sesuatu Website?
Tentu saja ia sangat berpengaruh terhadap SEO website kita. Sebab utama website kita dapat muncul di halaman pertama carian Google adalah backlink. kerana backlink diibaratkan sebagai undian dari website lain ke website kita bahawa website kita mempunyai informasi atau kandungan yang relevan dan penting. Namun, backlink yang kita dapat mestilah backlink yang dofollow supaya Google dapat baca link tersebut, bukan yang nofollow.
Apa Itu Link Dofollow Dan Nofollow?
Link dofollow adalah link yang dapat baca oleh search engine sedangkan nofollow adalah sebaliknya. Bagaimana cara membezakan kedua-kedua jenis link tersebut? Caranya mudah hanya dengan memasang add-on No dofollow ke dalam browser Mozilla Firefox. Kita akan dapat mengetahui jenis sesuatu link. Link akan berwarna merah jika nofollow, dan berwarna hijau jika dofollow.
Bagaimana Cara Mendapatkan Backlink Dofollow?
Ada beberapa cara diantaranya ialah :
* Blog Commenting
* Forum Posting
* Guest Post
* Article Submission
* Directory Submission
* Social Bookmark
Jenis-Jenis Backlinks
Backlinks ini pula sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenisnya iaitu :
1. One-way link
iaitu backlink satu arah, misal dari halaman website A ke halaman website B.
website A —–> Website B
2. Two-way links
Ialah backlink dua arah antara dua website. (exchange link)
website A< —–> Website B
3. Three-way links
Ialah bentuk yang banyak disarankan oleh pakar SEO,
website A —–> Website B—–> Website C—–> Website A
Pilihan Jenis Backlinks
1. Website yang memberikan backlinks itu terkenal (PR tinggi @ SEO bagus), backlinks yang baik adalah backlinks jenis “1-ways”
2. Website yang memberikan backlinks itu tidak terkenal (PR 0 @ SEO Tidak hebat), maka backlinks yang sesuai adalah backlinks jenis 3-ways.
3. Text vs Banner:
- Banner links sebenarnya tidak begitu dikira kerana backlinks yang sebenar adalah backlinks yang berbentuk text.
Faedah Dari Membina Backlinks
1. Traffic.
Meletakkan link pada sesebuah laman web yang memiliki traffic yang tinggi adalah langkah bijak dalam meraih traffic. Ini adalah kerana, web yang mempunyai pengunjung yang tinggi mempunyai kuasa klik yang sangat bagus.
2. Search Engine Result Page (SERP) Ranking.
Backlinks adalah penentu kejayaan sesebuah laman web untuk menguasai SERP. Sesebuah web yang dapat menguasai SERP mampu memberikan traffic yang melimpah tanpa had. Backlinks atau Off Page SEO menyumbang 90% dalam mendapatkan kedudukan yang terbaik. Google hanya melihat pada bilangan backlinks sesebuah web untuk menetapkan kedudukan dalam SERP.
3. Pagerank (PR).
Pagerank adalah penunjuk kepentingan sesebuah web di mata Google. Ia menunjukkan rating yang dianugerahkan Google kepada web yang disayangi. Semakin tinggi pr sesebuah web, menunujukan ia semakin disayangi oleh Google. High pr adalah bermula dari pr4 dan ke atas.
Cara melihat jumlah backlinks web anda di AnalyzeBacklinks.com OpenSiteExplorer.org
Jika anda tidak mampu membina backlinks sendiri terdapat juga syarikat yang menawarkan khidmat membina backlink untuk anda seperti WL Marketing
Ingin backlinks dengan cara yang lebih mudah guna backlinksrotator.
0 Response to "Apa Itu Backlink?"
Catat Ulasan