Virus komputer dicipta oleh pengaturcara komputer yang cukup mahir. Virus ialah aturcara komputer yang ditulis untuk merosak perisian dan perkakasan komputer. Virus pertama dikesan pada tahun 1986. Virus boleh berjangkit dari satu komputer ke satu komputer. Virus boleh menyebabkan fail sistem dan fail data mengalami kerosakan, tidak boleh dibaca atau boleh membawa kepada kehilangan data. Sebagai contoh, virus Navidad akan merosakkanregistry pada Windows. Kesannya semua fail sambungan .exe tidak akan dapat dijalankan. Cecacing mampu melumpuhkan pelayan-pelayan utama yang menyebabkan kesesakan dalam sistem rangkaian.
a. Punca Serangan Virus
Bagi mengelak komputer mendapat virus, punca serangan virus perlu dikenal pasti.
1. E-mel - E-mel merupakan perantara serangan virus paling utama. Fail-fail sisipan yang dihantar melalui e-mel kadang-kadang mengandungi virus. Sebaik fail sisipan yang mengandungi virus ini dibuka, virus akan merebak ke dalam komputer. Terdapat virus yang memasuki alamat yang disimpan di dalam buku alamat di e-mel, virus ini akan menghantar e-mel yang mengandungi virus dalam fail sisipan ke alamat yang terdapat dalam buku alamat.
2. Cakera padat, pen drive dan storan sekunder mudah alih. Biasanya virus jenis makro terdapat dalam fail hamparan data. Bila fail ini dibuka daripada storan fail, virus ini akan merosakkan fail-fail yang lain termasuk fail sistem.
3. Perisian program atau bahan yang dimuat turun dari Internet Internet biasanya merupakan salah satu sumber untuk memperolehi pelbagai jenis perisian. Internet juga biasanya digunakan untuk mencari bahan atau maklumat. Virus juga boleh bersembunyi dalam perisian atau fail yang dimuat turun dari Internet.
4. Selitan mesej - Fail dalam bentuk iklan atau mesej-mesej yang ganjil juga kemungkinan membawa virus.
b. Tanda-tanda Serangan Virus
1. Perjalanan sistem komputer menjadi perlahan serta memori merosot secara tiba-tiba.
2. Kandungan dalam cakera keras berubah walaupun tiada program yang dipasang atau fail yang disimpan.
3. Tugas-tugas sistem operasi dan program sukar dijalankan. Paparan mesej kesilapan (error message) atau amaran kehilangan fail program dalam sistem sering berlaku.
4. Merosakkan Fail Allocation Table (FAT) dan boot sector. FAT yang rosak menyebabkan fail dalam cakera keras tidak dapat baca atau dikesan.
5. Kegagalan sector boot berfungsi menyebabkan sistem computer tidak boleh dimulakan.
6. Terdapat fail tersembunyi atau hidden file yang sama dan sentiasa memenuhi ruang.
7. Mesej yang dipaparkan agak ganjil. Contohnya tanda wujudnya virus Navidad pada komputer ialah ikon mata di sebelah bawah skrin. Bila tetikus melalui ikon ini muncul teks "Lo estamos mirando".
8. Terdapat laman web yang disekat daripada dilayari biarpun tiada arahan sekatan laman web dilakukan.
9. Format atau label fail yang disimpan terubah.
10. Fail-fail data atau program hilang.
11. Kandungan dan kod fail berubah menyebabkannya rosak dan tidak dapat digunakan.
12. Sektor rosak terbentuk dengan banyak pada cakera keras. Kesannya menyebabkan data hilang atau gagal dicapai.
0 Response to "Virus"
Catat Ulasan