ROM atau ingatan baca sahaja, umumnya disediakan oleh pembuat mikrokomputer dan dikhususkan untuk penggunaan tertentu. Data dan aturcara yang diperlukan oleh penggunaan ini dibakar ke dalam cip atau disimpan secara kekal di dalamnya. Oleh itu pengguna boleh membaca atau mencapai aturcara atau data dari ROM tetapi tidak boleh menulis di dalamnya. Kandungan ROM tidak akan dipinda apabila kuasa elektrik diputuskan dari komputer. Oleh itu, ia dirujuk sebagai bahantara storan tak meruap . ROM umumnya digunakan untuk menyimpan perisian tegar iaitu aturcara, rutin dan penafsir bahasa yang disediakan oleh pembuat, bagi capaian serta-merta oleh pengguna sistem. Semua aturcara yang digunakan semasa menghidupkan PC disimpan dalam ROM. Sebagai contoh, banyak model mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM yang mengandungi bahasa BASIC. Terdapat tiga jenis cip ROM yang selalu digunakan:
PROM - Ingatan baca sahaja boleh diaturcara (Programmable ROM), iaitu cip yang kosong dan boleh diaturcara. Sekali ditulis aturcara, kandungannya tidak boleh diubah. Cip PROM digunakan terutamanya untuk aturcara tujuan khas seperti permainan dan grafik yang boleh dipalam dengan mudah pada papan komputer utama atau pada tempat rendah. Ini jauh lebih mahal daripada cip berkuasa tinggi.
EPROM - Ingatan baca sahaja teraturcara boleh dipadam (Erasable ROM). Kandungan boleh dipadam dengan menggunakan tatacara sinar ultraungu.
EEPROM - PROM yang boleh dipadam secara elektrik (Electrically EPROM). Kandungannya boleh diubah / diaturcara secara elektronik.
0 Response to "ROM (Read Only Memory)"
Catat Ulasan