Pengikut

Subscribe Now: myaol

Add to My AOL

KENAPA KOMPUTER ANDA PERLAHAN?


KENAPA KOMPUTER ANDA PERLAHAN?
1. Membuka program yang menggunakan memori yang tinggi
Ada sesetengah program menggunakan memori yang tinggi. Cara mudah untuk mengetahuinya adalah dengan menggunakana Task Manager. Klik kanan pada toolbar di bawah kemudian pilih Task Manager. Pada Task Manager, klik pada Processes. Boleh juga tekan CTRL + ALT + DEL untuk membuka Task Manager. Ia akan menyenaraikan semua program/aplikasi Windows sedang jalankan. Lihat pada Mem Usage iaitu jumlah memori yang digunakan untuk program tersebut. Jika anda perhatikan jumlah memori yang digunakan dalam K (kilobytes). Lebih tinggi jumlahnya lebih tinggi memori digunakan. Kemudian klik pada Performance dan lihat graf CPU Usage History. Peratusan melebihi 80% selalunya menyebabkan komputer menjadi perlahan. Ini disebabkan oleh semua program yang dijalankan tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh RAM dan CPU komputer. Jika 100%, bermakna komputer anda sudah kaku atau hang.
Contoh program yang menggunakan memori yang tinggi adalah 3D Games, Antivirus dan Internet Browser.


2. Program yang berjalan di sebalik tabir (background program)
Program sebegini tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana komputer menjalankannya secara aotomatik. Semua program yang berada di toolbar komputer adalah background program. Contoh background program adalah Antivirus, Bluetooth, Audio and Video setting, Wireless dan LAN internet.
3. Ruang hard disk yang terhad
Salah satu punca utama yang kerap berlaku adalah kekurangan ruang pada hard disk. Ini disebabkan oleh terlalu banyak program dipasang (install) tetapi saiz ruang yang terhad. Windows akan mengeluarkan amaran mengenai komputer yang perlahan akibat kekurangan ruang. Jadi, kita akan mengetahui dan perlu melakukan tindakan segera.
4. Virus, trojan, spyware dan anasir jahat.
Virus dan anasir jahat pada komputer memang tidak dapat dielakkan. Setinggi mana sekali pun teknologi, ia tetap boleh ditembusi. Komputer akan perlahan, fail akan rosak dan program tidak berfungsi dengan sempurna adalah tanda-tanda komputer anda perlukan bantuan segera.
5. Memori (RAM) yang rendah
RAM antara komponen (hardware) penting dalam komputer. Jika program yang hendak digunakan adalah tinggi pengggunaan RAM-nya, maka memori (RAM) juga perlu setanding.
Sumber: http://blog.anjungpc.com/

0 Response to "KENAPA KOMPUTER ANDA PERLAHAN?"

Catat Ulasan

post terbaru

get this widget here

Popular Posts

Komen Terbaru

COPYRIGHT(C) zaireeytmk