Cip pada Kad Pintar membolehkan maklumat dimuatkan dalam cip. Di dalam cip tersebut, tersimpan maklumat asas pemegang seperti gambar, tempat lahir, tarikh lahir, cap jari dan nombor kad pengenalan pemilik. Di dalam cip ini juga terdapat, maklumat imigresen seperti nombor pasport dan tarikh luput pasport. Maklumat mengenai lesen memandu dan tarikh luput lesen memandu juga disimpan di dalam cip kad pintar. Selain daripada itu, rekod kesihatan pemegang juga disimpan di dalamnya. Di dalam cip juga menyimpan maklumat E-Tunai dan E-Dagang. Maklumat di dalamnya, boleh dibaca menggunakan alat membaca kad mini atau alat membaca kad mudah alih.
Kad Pintar pelbagai guna yang diperkenalkan di Malaysia merupakan kad pintar pertama di dunia yang dapat menggabungkan empat aplikasi kerajaan dan dua aplikasi pilihan pemegang. Empat aplikasi kerajaan ialah maklumat diri, maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan dan maklumat imigresen.
Objektif Kad Pintar pelbagai guna ialah:
- Membangunkan kad yang cekap, selamat dan mempunyai maklumat diri pemilik; dan
- Menyediakan pelantar bagi proses E-Dagang.
0 Response to "Kad Pintar"
Catat Ulasan