Pengikut

Subscribe Now: myaol

Add to My AOL

CAKERA MAGNETIK


DISKET

Disket diperbuat daripada plastik mylar, berbentuk cakera liut dan permukaannya diselaputi oleh magnetik oksida.  Data yang disimpan di dalamnya diwakilkan oleh titik-titik magnet.  Ia memerlukan pemacu disket yang mempunyai kepala baca/tulis.  Disket boleh didapati dalam dua bentuk saiz iaitu 
5 1/4 inci (jarang digunakan) dan 3 1/2 inci.
Kelebihan disket:

Mudah alih - ia boleh dikeluarkan dan dibawa dari satu komputer ke komputer lain.
Backup - sesuai umtuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk simpanan sekiranya fail dalam cakera keras hilang atau rosak.
Bekalan perisian baru - salinan asal perisian yang disediakan dalam disket boleh dibeli/disalin dan pengguna dengan mudah dapat memindahkannya ke dalam cakera keras.

CAKERA KERAS (HARD DISK)

 Cakera keras merupakan  plet (piring) logam yang diselaputi dengan magnetik oksida.  Terdapat pelbagai saiz iaitu 14 inci, 5 1/4 inci dan 3 1/2 inci.  Ia boleh didapati dalam bentuk fixed disk, disk pack dan removeable hard disk cartridge.  Pemacu hard disk mempunyai kepala baca tulis untuk menulis data pada hard disk atau membaca data dari hard disk.
Kelebihan cakera keras/Hard disk:
Muatan tinggi - Disket hanya memuatkan 1.44MB data tetapi hard disk dapat menjangkau 16+GB ( Pentium III ).
Masa capaian data hard disk cepat - mempercepatkan proses yang hendak dibuat oleh pengguna.
Proses merekod data dari hard disk lebih cepat.

0 Response to "CAKERA MAGNETIK"

Catat Ulasan

post terbaru

get this widget here

Popular Posts

Komen Terbaru

COPYRIGHT(C) zaireeytmk